Sunday, January 29, 2012

Menuju kearah menjadi seorang suami kepada seseorang

Salam,Nurkilan hari ini aku nak bercakap pasal persiapan untuk menjadi suami seseorang...hahaha...agak galak nampaknye...tapi biar lah..blog aku kan...aku nye pasal lah....walaupun aku tidak mempunyai sebarang calon (tapi dulu pernah lah seorang)..hehehe..Kini aku masih membujang...namun bujang bukan bererti bujang sampai ke tua...aku tetap mengatur langkah untuk menjadi seorang suami kelak walau aku tak tahu bila akan ada rezeki jodoh itu..yelah kerja Allah S.W.T sape y tau an...Mengikut Islam tu sendiri...berkahwin itu adalah suatu y suci...dimana dapat menundukkan pandangan hawa nafsu dan syahwat.Namun....dalam diri pada setiap lelaki mahupun aku, niat itu perlu dimulakan selalu..Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa...Bukan senang untuk menjadi suami y cemerlang dan bergaya untuk isterinya....Ilmu haruslah lengkap...ilmu dunia dan akhirat...barulah si isteri sejuk menerima kita....Seseorang y cemerlang dunia akhiatnya pasti akan peroleh kebahagiaan.dari itu...lengkapkan diri secukupnya seperti ilmu agama dan juga ilmu dunia y juga dituntut oleh Rasullullah kita.sabar juga harus tinggi dalam mendidik isteri....namun tegas itu perlu...kerana menjaga isteri bukan senang....pada y sudah berpunyakan calon isteri y baek agama dah sahsiah dirinya maka satu advantage bagi lelaki itu...dan berharap jgn lah disia siakan calon y sudah indah dikurniakan Allah itu...Ramai y berharap akan dikurniakan isteri y baek2 dan cantik...namun semuanya itu datang dari diri lelaki itu sendiri (pada pendapat aku la)...sebab setiap manusia telah ditentukan jodoh oleh Allah siap2 dah...dan sebaik2 alam,aku memikirkan sehingga hari ini...aku belum layak untuk mengatakan "Ya" dalam soal layak menjadi seorang suami...aku masih perlu tingkatkan ilmu didada...kewangan juga salah satu perkara penting hari ini bagi kelansungan hidup sesebuah pasangan...jadi tidaklah aku menetapkan y aku amat memerlukan seorang teman hidup...kerana aku tahu...aku akan menyiksa dia y tidak berdosa....setiap kali terlintas untuk mencari cinta atau jodoh aku akan muhasabah diri...siapalah aku ni....aku x punya apa y membolehkan aku bergelar suami orang lagi...namun aku gembira dengan kesedaran y diberi...dan mencari jalan untuk pulihkan diri menjadi y terbaik.walau begitu...matlamat harus ditetapkan bagi objektif y jelas...aku menetapkan aku harus matang dalam aspek matang berfikir dan juga matang untuk menjadi seorang suami...kata orang tiada manusia y sempurna...namun cukup sempurna itu biarlah orang sekeliling y menilai..aku hanya aktor di bumi Allah yang perlu menggunakan akal y diberi demi kebaikan semua...hari ini aku punyai ramai sahabat y mempunyai pelbagai ragam dan cerita, skrip y sungguh berbeza..aku harus belajar dari mereka..ambil mana ya baik untuk aku..serta aku kongsikan apa y baek untuk mereka juga..agar sama2 peroleh kebahagiaan dunia akhirat...Jadi...untuk menjadi seorang suami kepada seseorang...bukan sekadar lafas akad nikah semata2..ianya bermula dari seseorang..kerana apa y dibuat sekarang lah yang akan tentukan siapakan isteri kita dimasa akan datang...pengakuan ikhlas dari diri aku...aku menghormati setiap wanita yang menghormati dirinya sendiri...jadi siapalah diri aku ini andai kelak tiada lagi wanita untuk diriku aku redha..kerana Qada' dan Qadar Allah itu suatu y terbaik untuk kita....

No comments: