merenung dan muhasabah diri dari hari ke hari dengan apa yang telah...sedang dan akan aku lakukan....
aku x punya kekuatan selain memohon daripada Nya iman dan dipermudah segala urusan...
aku x mengerti kenapa aku amat lemah mengawal minda dan hatiku...
aku mudah terasa...
aku suka menyangka sesuatu yang orang lain tak perlukanya sehingga aku telah membuatkan orang tidak rasa selesa kerana komunikasi yang aku buat dengan penuh komplikasi itu.
aku cuba meraih rasa gembira dengan rakan2 mahupun keluarga.
namun aku rasa aku masih lagi tidak menggembirakan hatiku.
hendak aku berbaik dengan semua orang namun aku tahu perangai aku ini menjadi penghalang...
hendak diikutkan hati...berhenti saja kerja dan hidup sendiri sahaja...tak de menyusahkn orang..
namun tidak boleh juga...aku masih ada orang2 tersayang yang perlu aku pikirkan..
keluarga aku pulak macam mana....
ntah mengapalah aku macam ni...
semua berpunca dari dalam diri aku yang banyak lagi lompong2 kehitaman yang perlu aku jernihkan...
aku x kan benarkan sensatif ini membunuh hidupku yang amat gembira ini jika diperlakukan dengan sebijaknya...
aku yakin aku akan lebih matang dalam mengawal minda dan gerak hatiku lagi...
sebab aku tau aku perlukannya....
No comments:
Post a Comment